|
Post by dindang on Sept 14, 2008 18:10:52 GMT 8
Kat sini aku nak pendapat korang aaaa...mmg bulan ramdhan nih takder syaitan dan takder iblis....tapi kawan aku pernah cakap die pernah ternampak dan terdengar gurauan manis 'kawan' kite nih pada bulan ramadhan ...
Aper pendapat korang..??
|
|
|
Post by sHiGe on Sept 14, 2008 20:42:50 GMT 8
penah dgr x qarin?
|
|
|
Post by shanixira on Sept 15, 2008 10:38:06 GMT 8
mcm pnh dgr/
|
|
|
Post by partly on Sept 15, 2008 23:03:53 GMT 8
qarin tu amende?? cite la skit shige..
|
|
|
Post by ijatorzaty on Sept 17, 2008 3:42:41 GMT 8
sbb der yg menanya apa itu qarin.....ijat der la, jumpa kat web utusan malaysia online...
www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=0822&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_04.htm&arc=hive
Menurut bahasa, qarin bererti teman atau rakan. Yang dimaksudkan dengan qarin di sini ialah roh-roh jahat daripada kalangan makhluk-makhluk halus yang selalunya menemani manusia sejak daripada kelahiran seseorang bayi sehinggalah seseorang itu meninggal dunia.
Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan yang sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat.
Kewujudan qarin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan hal-hal yang jahat-jahat seolah-olah baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia terpengaruh atau terpesong.
Qarin sentiasa berusaha menjerumuskan manusia dengan menggoda, merayu dan menipu, berupaya memilih dan memerhati waktu-waktu yang elok untuk memperdaya manusia, terutamanya ketika seseorang itu dalam keadaan stress atau depress dan seumpamanya, termasuk ketika menghadapi bala atau percubaan daripada Allah, akibat kematian orang yang dikasihi, ketika sakit bersangatan, ketika menghadapi keretakan rumah tangga dan sebagainya.
Itulah waktu yang ditunggu-tunggu, lalu qarin itu berlagak seumpama penyelesai masalah manusia, mengatasi masalah rindu yang terpendam di dada, memberi jalan-jalan keluar ketika manusia kehilangan anak yang disayangi dan sebagainya.
Dalam surah al-An'am: 112 terdapat firman Allah: Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu.
Rasulullah pernah ditanya sama ada baginda didatangi qarin atau tidak. Baginda menjawab: Saya pun ada qarin. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya. Maka tidaklah ia boleh menguasai akan daku daripada gangguannya, maka tidaklah ia menyuruh saya, kecuali untuk melakukan kebaikan.
Dalam sebuah hadis lain, baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya tidak ada seorang daripada kalangan manusia yang baru dilahirkan melainkan dia disertai oleh Allah seorang jin sebagai kawan. Jin yang menemani manusia, untuk menyesatkan itulah yang dinamakan qarin.
Qarin ini sentiasa berada di samping manusia, ketika berjalan, tidur atau sebagainya. Kerana itu ia amat mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan orang yang berkenaan.
Hutang yang ditanggung. Perilaku manusia termasuk membunuh, mencela dan sebagainya. Apabila manusia yang sentiasa ditemani oleh qarin itu mati, maka qarin ini tetap hidup, untuk menyesatkan manusia yang masih hidup, sama ada isteri atau keluarganya, maka makhluk qarin ini akan menerobosi, menembusi kehidupan manusia melalui pelbagai cara, terutama melalui mimpi. Itulah di antara keistimewaan makhluk ini, yang berupaya berhubung dengan manusia yang masih hidup, melalui mimpi. Satu keistimewaan yang diberi oleh Allah kepada makhluk ini, yang tidak ada pada manusia.
Sekiranya orang yang mati tadi mempunyai hutang kepada orang-orang tertentu, menganiaya orang-orang tertentu, melakukan sihir ke atasnya menyebabkan dia mati atau membunuhnya dengan senjata, maka qarin ini dengan izin Allah berupaya menggambarkan dirinya seperti si mati yang sedang diseksa dalam kubur.
Si mati melalui mimpi memohon kepada waris, seorang atau beberapa orang untuk memperkuat anggapan bahawa apa yang berlaku itu benar, memohon supaya waris tadi membayar hutang yang dilarikan atau memohon keampunan. Meminta kepada waris terutamanya isteri si mati supaya memohon keampunan kepada waris orang yang terbunuh, sama ada melalui sihir atau dengan senjata.
Tidak kurang juga orang yang didatangi mimpi supaya diadakan bacaan Yasin pada malam Jumaat, minta dibacakan al-Quran di atas kubur atau dibayarkan sedekah kepada 40 orang fakir miskin.
Anehnya, apabila permintaan tersebut dilaksanakan, mimpi-mimpi yang mengharukan itu menjadi reda dan akhirnya tidak ada gangguan berlaku
|
|
|
Post by partly on Sept 17, 2008 3:58:50 GMT 8
owh ok..thx ijat..
|
|
|
Post by joe on Sept 17, 2008 12:47:09 GMT 8
font biru ijat memulakan pening aku... aper kata tukar color font... biru gelap n hitam amat tidak sesuai... adoii pening2
|
|
|
Post by ijatorzaty on Sept 17, 2008 14:04:44 GMT 8
font biru ijat memulakan pening aku... aper kata tukar color font... biru gelap n hitam amat tidak sesuai... adoii pening2
done...
|
|
|
Post by partly on Sept 17, 2008 22:11:38 GMT 8
so ade spe2 exp bende2 nih ke?
|
|