Post by ketaslowgiler on Sept 15, 2007 2:00:24 GMT 8
ha pasni jgn cucuk angin lagi ;D
utusan.com.my wrote:
utusan.com.my wrote:
Saman RM300 pemandu ekori ambulans
Oleh: UMAVATHI RAMAYAH
KUALA LUMPUR 4 Mei – Pemandu yang menghalang laluan ambulans dan jentera bomba serta mengambil kesempatan mengelakkan kesesakan dengan mengekori dari dekat kenderaan tersebut yang dalam tugas kecemasan akan dikenakan saman maksimum RM300 berkuat kuasa serta-merta.
Tindakan yang sama juga akan dikenakan kepada mereka yang enggan memberi laluan dan menghalang motosikal polis trafik ketika mengiring kenderaan orang kenamaan.
Ketua Pasukan Trafik Persekutuan, Datuk Nooryah Md. Anvar berkata, pihaknya memandang serius perkara itu yang semakin menjadi-jadi terutamanya di ibu negara dan akan mengambil tindakan tegas tanpa mengira waktu.
Menurutnya, tindakan itu dibuat mengikut Kaedah Kesalahan Akta Pengangkutan Jalan 1957 dan saman itu tidak boleh dikurangkan.
“Kita akan mengambil tindakan 24 jam sehari bermula hari ini iaitu penguatkuasaan akan turut dilakukan pada waktu malam, bukan hanya siang hari sahaja,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Trafik, Jalan Bandar, di sini hari ini.
Nooryah berkata, tindakan tegas itu berikutan kemalangan maut melibatkan dua anggota trafik yang mengiring Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu pada 7 April lalu.
Dalam kejadian itu, Koperal Ahmad Yahya, 48, dan Lans Koperal Johan Sulaiman, 51, terbunuh selepas motosikal mereka gagal mengelak dan merempuh sebuah kereta yang tiba-tiba berhenti di lorong kanan.
“Saya juga sarankan agar pemandu ambulans dan bomba catat nombor kenderaan yang menghalang laluan mereka,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai supaya memberi laluan kepada konvoi kenderaan orang kenamaan, ambulans dan bomba terutamanya sekali ketika mendengar bunyi siren.
Menurutnya, tiada alasan bagi pengguna jalan raya untuk tidak memberi laluan kerana siren boleh didengar pada jarak lebih 100 meter, selain amaran melalui kerlipan lampu siren.
Nooryah menegur perbuatan sesetengah pemandu mengekori rapat kereta atau motosikal pengiring serta jentera bomba atau ambulans semata-mata untuk menjimatkan masa perjalanan dan mengatasi kesesakan jalan raya.