Post by dindang on Apr 2, 2008 13:55:37 GMT 8
Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang
bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau
terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah.
Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat
balik ke seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia
bekerja...Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu,
dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya.
Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya
dan bertanya
" Apahalnya cik adik malam-malam buta kat sini?
"Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni... Puas dah saya tahan kereta
lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke
Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??"
Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih
yang cantik tu...
'' Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak. Terkeluar dari mulutnya..''
Tapi hatinya masih lagi was-was...
diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu
bukannya nak duduk kat belakang, terus aje
duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu
tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba
tenangkan dirinya...seolah-olah takde apa yang berlaku.
Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje
membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta
ni...seorang diri pulak tu...Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik
supaya menolong perempuan tu...Padahal, dia tu memanglah penakut dengan
perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika...
Tiba-tiba...dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu
berbau wangi .Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di
kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .
Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung
menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah
perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang
kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya
yang putih...ditambah lagi dengan baju yang dipakainya....
Dia pun beranikan diri dan bertanya..
''kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
''ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat...''
'' Saya ada kelas yasin...'' jawab perempuan tu
''Tapi.. putihnya lain macam aje...tak pernah pulak saya tengoknya ''
tanya lelaki tu lagi.
''Apa yang lain nya... sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??''
'' Eyea...lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya...''
'' Ehh takkan sampai seram...''
......
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
"Pakai aje le Breeze colour baru!!!''
Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje.....
Wassalam.
Oppppppppp sorry kat atas tu bukan cite seram ish ish ish ish .
yee leee asyik cerita seram ajeee sesekali kena laaa joke sikit baru la
turun balik bulu roma tu ish ish ish ish #ahai
Kalau yee pun marah takkan sampai nak hempas pc pulak ish ish ish.